Artikel

AirAsia Xpress, Segmen Penghantaran Kini Dilancarkan – Di Lembah Klang Dan 6 Bandar Utama Malaysia

AirAsia pada hari ini (23 November) menerusi aplikasi airasia Super App kini mengumumkan pelaksanaan segmen penghantaran pada aplikasi iaitu Xpress.

Di bawah airasia xpress ini, para pengguna boleh memilih 2 bahagian penghantaran iaitu pertama – perkhidmatan penghantaran segera (di bawah 1 jam) dan kedua – penghantaran pada hari yang sama (dalam masa 4-6 jam) menggunakan motosikal dan kereta.

Sebagai permulaan, airasia xpress akan meliputi lokasi terpilih sahaja iaitu Lembah Klang dan enam bandar utama lain di seluruh negara:

  • Melaka
  • Johor Bahru
  • Kota Bharu
  • Pulau Pinang
  • Ipoh, Perak
  • Kota Kinabalu

Buat masa ini, hanya penghantaran di kawasan berkaitan sahaja yang akan dilaksanakan. Sementara tawaran segmen penghantaran antara bandar, mahupun negeri dan antarabangsa pula dimaklumkan akan menyusul tidak lama lagi.

Maka sempena pelancaran ini, pengguna airasia xpress kini boleh menikmati diskaun pengenalan istimewa selama 72 jam untuk penghantaran segera secara percuma yang dihadkan pada RM10, bermula hari ini iaitu 23 November sehingga 25 November 2021 kelak.