Artikel

KWSP Akan Laksana i-Sayang – Mulai Suku Pertama 2022, Sasar Tingkatkan Taraf Hidup Pencarum

Setelah tampil dengan pelbagai kemudahan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika ini merancang untuk melaksanakan i-Sayang kepada para pencarum.

Pelancaran kemudahan itu akan mula dilakukan pada suku pertama 2022 kelak.

Di mana ia berfungsi pemindahan secara sukarela 2.0% caruman daripada akaun KWSP pencarum kepada isteri mereka.

Seterusnya, selain i-Sayang – KWSP juga merancang untuk melaksanakan i-Lindung kepada kemudahan pencarum. Ia akan membolehkan pengeluaran daripada Akaun 2 pencarum untuk pemilikan insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

Pengenalan kedua-dua kemudahan ini dilihat seiring dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan taraf hidup para pencarum dari aspek perkongsian dana dan kesihatan hayat.