Lego, penyedia permainan bata gergasi dunia yang berpangkalan di Denmark kini memberi imbuhan cuti berserta bonus tinggi kepada lebih 20,000 pekerjanya. Tindakan tersebut hasil lonjakan prestasi yang diperlihat pada operasi untuk tahun 2021.
Syarikat permainan yang memiliki permintaan di 130 buah negara ini menunjukkan tindakan yang luar biasa kepada pekerja mereka.
Berdasarkan prestasi, jualan pengguna telah meningkat lebih 35% dan keuntungan operasi Lego pula telah mencecah lonjakan 2 kali ganda daripada kebiasaan data.
Insentif ini adalah satu langkah penghargaan kepada semua petugas yang terlibat, seperti yang umum ketahui kesan pandemik telah mewujudkan ketidakseimbangan pada ruang petugas dan kapasiti pengeluaran produk. Namun semua pekerja berupaya menangani situasi getir tersebut.
Selain Lego, syarikat gergasi Nintendo turut tampil antara firma permainan yang memaparkan lonjakan sepanjang tempoh 18 bulan ini.