Artikel

Malaysia Bakal Laksana Projek Basmi Miskin Tegar – Mulai Februari 2022, Bersama Peruntukan RM1 Bilion

Pelaksanaan projek khas ini, pembasmian kemiskinan tegar dilaporkan telah mendapat kelulusan Perdana Menteri Ismail Sabri.

Di mana melalui peruntukan RM1 bilion, projek ini dijangka akan bermula pada Februari 2022 mahupun Mac 2022.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Mustapa Mohamed iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)  memaklumkan senarai lokasi tumpuan akan diteliti bersama Unit Perancang Ekonomi dan kerajaan negeri. Perincian itu akan dilakukan dalam tempoh 2 minggu lagi.

Berdasarkan sasaran, setiap negeri akan diberi fokus 3 hingga 5 lokasi untuk diberi penekanan pembasmian kemiskinan tegar secara bersasar.

Agihan peruntukan ini juga akan mengalami perubahan berlandaskan arahan semasa serta kelulusan pihak pentadbiran. Melalui usaha ini ia secara langsung meningkatkan keupayaan negara untuk menghapuskan jurang kemiskinan yang terus meningkat disebabkan kesan pandemik COVID-19.