Bagi merancakkan semula perjalanan melalui pengangkutan awam, Perdana Menteri Ismail Sabri kini melancarkan Pas Keluarga Malaysia bernilai RM15 kepada orang awam.
Penjualan pas ini akan mula dilakukan pada 1 Disember kelak.
Untuk makluman, pas ini akan membolehkan setiap keluarga dengan kapasiti 4 individu untuk menikmati perjalanan tanpa had dalam masa 1 hari sahaja untuk penggunaan pada hari minggu dan hari cuti umum. Pas ini akan merangkumi perkhidmatan;
- Transit Aliran Ringan (LRT)
- Transit Aliran Massa (MRT)
- Monorel
- Bas Rapid Transit-Laluan Sunway
Inisiatif bersama Prasarana Malaysia Berhad ini secara amnya menunjukkan setiap individu hanya perlu membayar RM3.75 sahaja. Menerusi agenda ini ia akan mengalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan rakyat negara bersama ahli keluarga mereka.