Artikel

Affin Bank Kini Laksana A1addin – Platform Bank Digital Kepada Pengguna

A1addin, ialah platform bank digital yang dikuasakan oleh Affin Bank. Pengenalan ini sekaligus memberi kelainan pengalaman perbankan kepada pengguna mereka.

Untuk makluman, operasi sistem A1addin ini adalah berasingan dengan sistem perbankan tradisional semasa. Di mana ia berperanan memberi akses tunai kepada pengguna tanpa mengira waktu dan kawasan.

Dalam erti kata mudah, A1addin menjadi satu medium sehenti untuk pengguna berbelanja, menyimpan wang dan menguruskan kewangan dalam satu aplikasi. Selain itu, ia juga menawarkan aktiviti, produk dan perkhidmatan perbankan digital tanpa kehadiran cawangan bank.

Malah untuk penjelasan lanjut, A1addin tidak akan berhubung dengan sebarang akaun Affin Bank – maka tiada kekeliruan akan timbul. Meskipun pengeluaran tidak dapat dilakukan pada mana-mana mesin pengeluaran tunai. Pelanggan A1addin masih boleh melakukan pemindahan tunai melalui DuitNow, QR pay mahupun pembayaran bil ke JomPay.

Sebarang maklumat lanjut, orang awam boleh memuat turun aplikasi A1addin secara percuma pada Play Store atau App Store serta layari pautan A1addin.