Artikel

Presiden Jokowi Bakal Melancarkan Merah Putih Fund – Medium Pelaburan Untuk Startup, Unicorn Indonesia

Tidak lama lagi, Presiden Indonesia Joko Widodo akan melancarkaan siri pelaburan Merah Putih Fund untuk memperkasakan segmen pendanaan tempatan bagi syarikat rintis, startup dan unicorn milik Indonesia.

Ia dijangka akan dilancarkan pada pertengahan Disember 2021 kelak.

Berdasarkan laporan, modal pendanaan tersebut akan melibatkan penyertaan 3 modal Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia. Antara kriteria pembiayaan yang akan dilakukan, merangkumi;

  • Pengusaha syarikat haruslah warga Indonesia
  • Syarikat beroperasi di Indonesia
  • Pegangan saham meliputi penyertaan pelabur Indonesia
  • Berhubung status syarikat – Penyenaraian awam harus dijalankan di Indonesia, bukan di negara lain

Tindakan pelancaran ini dilihat sebagai usaha ekonomi Indonesia untuk turut serta dalam pelaburan ke atas syarikat teknologi startup tempatan. Ini kerana potensi pasaran unicorn Indonesia diperhatikan adalah tinggi.

Namun penyertaan pelabur Indonesia pada landskap tersebut masih lagi rendah dan ini memerlukan inisiatif segera pada sumbangan itu.