Artikel

Jumlah Transaksi ShopeePay Di Luar Bandar Kini Semakin Tinggi – Melonjak 9 Kali Ganda

Bersempena jualan hebat Shopee 11.11 pada bulan ini, ternyata pelbagai peningkatan diperlihatkan Shopee pada penggunaan pengguna. Antaranya adalah lonjakan jumlah transaksi menerusi ShopeePay.

Ketika ini, jumlah transaksi di luar bandar sempena festival itu telah meningkat 9 kali ganda, diikuti jumlah pembeli dari luar bandar dan bandar-bandar kecil juga melonjak 5 kali ganda. Situasi ini secara jelas telah menjadikan platform Shopee sudah mula meluas dan diterima oleh setiap penempatan.

Pengamatan juga mendapati peningkatan ini turut didorong akan perluasan akses internet serta pendedahan penggunaan peranti pintar.

Selain itu, walaupun pembukaan ekonomi secara fizikal telah dilakukan Malaysia namun permintaan pembelian atas talian Shopee terus menunjukkan kenaikan pada tahun 2021. Di mana sempena 11.11, lebih 2 bilion barangan telah terjual.

Rekod ini lebih tinggi berbanding catatan yang diperolehi Shopee pada tempoh yang sama tahun lalu.