Lonjakan aliran pembelian atas talian, secara langsung menunjukkan percambahan pemain industri pada platform ekonomi tersebut.
Ini bermakna rata-rata peniaga atas talian, dropship, ejen perniagaan di pasaran negara kini adalah kumpulan yang berkelayakan untuk membayar zakat perniagaan.
Tanggungjawab itu harus dilaksanakan sekiranya memenuhi syarat kelayakan di PPZ-MAIWP. Untuk makluman, pelaksanaan zakat perniagaan akan menerima rebat cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Malah tindakan ini juga turut tertumpu kepada pemilikan syarikat secara bersama antara individu beragama Islam dan bukan-Islam. Di mana, pihak berkuasa hanya mengambil kira syarat wajib zakat ke atas bahagian ekuiti di bawah pemilikan pengendali beragama Islam sahaja. Maka tidak timbul sebarang percanggahan pada isu ini.
Adanya peringatan ini, ia tidak hanya membantu aliran ekonomi negara tetapi turut memanfaatkan saiz pasaran atas talian yang dijangka mencecah kepada RM1.5 bilion, menjelang tahun 2025 kelak.
Buat peniaga yang berkaitan digalakkan segera melangsaikan tanggungjawab tersebut, sekurangnya 31 Disember kelak – seiring dengan tamat tempoh perolehan rebat cukai pendapatan taksiran bagi 2021.