Dalam usaha memperkasakan industri kreatif – Malaysia kini akan menyalurkan sekitar RM30 juta menerusi Skim Padanan Pinjaman Pelaburan di bawah Platform Animasi Negara.
Makluman Tengku Zafrul itu telah diperjelaskan sejak akhir Oktober lalu, di mana peruntukan ini akan dikendalikan MyCreative Ventures untuk mempergiatkan industri animasi tanah air.
Untuk makluman, di bawah Bajet 2022 ini juga sejumlah RM188 juta disediakan untuk meneruskan inisiatif seperti Dana Kandungan Digital, projek Kandungan Multimedia Digital, Insentif Filem dan Program Perkasa Modal Insan.
Usaha ini seiring dengan lonjakan sumbangan produktiviti yang dipaparkan industri animasi pada ekonomi global. Negara maju telah menunjukkan penyertaan animasi berupaya meningkatkan kapasiti pekerjaan ekonomi kreatif sehingga 10%.
Namun pada konteks Malaysia ekonomi kreatif sekadar menyokong pertumbuhan kurang daripada 2% KDNK negara.
Maka pemerkasaan peruntukan wajar diketengahkan pentadbiran Malaysia.
Setakat ini, pentadbiran telah mengagihkan RM5.54 juta dana kepada 554 pekerja industri kreatif. Manakala RM8 juta lagi diperuntukkan kepada Cendana di bawah PEMULIH dan ini telah diluluskan pada paras 82%.