Artikel

Fujifilm Peruntuk Lebih AS$5 Bilion – Tampil Selaku Pengeluar Kepada Firma Farmaseutikal

Berdasarkan pemerhatian, syarikat utama farmaseutikal ketika ini kurang memberi keutamaan kepada pelaburan dalam teknologi pengeluaran yang kompleks dan canggih untuk penghasilan ubat-ubatan. Maka ketirisan ini memberi potensi kepada Fujifilm Holdings bagi tampil selaku penyedia. 

Syarikat gergasi Jepun kini mula mempertaruhkan kedudukannya pada pasaran – dengan melebarkan peruntukan lebih AS$5.25 bilion (¥600 bilion) pada pasaran penyedia pengeluaran ubat-ubatan. 

Malah pihaknya turut merancang memperkenalkan sistem pengeluaran baharu yang lebih cekap dalam penghasilan antibodi di operasi UK. Fujifilm menggambarkan sistem itu sebagai kemudahan pemprosesan bersepadu yang dapat dijalankan secara berterusan.

Melalui laporan, peningkatan pelaburan pada pasaran ini telah mula dipertingkatkan sejak akhir Jun 2021. Di mana Fujifilm mula menambah peruntukan sekitar ¥90 bilion. 

Tidak hanya pembangunan pengeluaran ubat-ubatan, Jepun juga pada isu rantaian cip kini menyasarkan pembentukan kilang pengendalian tersebut bagi mengimbangi pengeluaran produk Jepun seperti kenderaan, peranti pintar serta konsol permainan.

Setakat ini usaha itu dilaporkan akan menelan perbelanjaan sehingga AS$7 bilion.