Setiap penerapan baharu dalam sesuatu perkara sudah pasti memiliki risikonya tersendiri begitu juga dengan landskap siber. Di mana berdasarkan data sejak 2017 sehingga Jun 2021, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kini memaklumkan Malaysia mencatatkan sebanyak 67,552 kes penipuan membabitkan scammer.
Ini secara tidak langsung membawa pengertian – pada setiap 30 minit, seorang warganegara telah ditipu di dalam situasi tersebut dan jumlah kes kerugian telah menjana kepada nilai RM2.23 bilion.
SC turut menjelaskan situasi kes ini berlaku susulan penyamaran pihak yang tidak bertanggungjawab dalam medium pelaburan, perbankan, serta platform e-dagang. Di mana ada diantaranya menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pengguna, untuk menarik aliran transaksi.
Maka untuk menghindari situasi ini orang awam di beri amaran untuk sentiasa menyemak dan meneliti latarbelakang pihak terlibat, sebelum melaksanakan pembayaran. Untuk makluman para pengguna boleh melayari pautan pihak berkuasa di bawah untuk tindakan semakan;
PDRM – layari pautan Semak Akaun Yang Memiliki Aduan
Bank Negara Malaysia (BNM) – ketahui maklumat terkini berhubung penipuang kewangan pada pautan Amaran Scam BNM > klik pada bahagian Tanya Amaran Scam
Suruhanjaya Sekuriti (SC) – layari Senarai Perhatian Pelabur SC, yang memberi makluman berhubung organisasi pelaburan yang tidak dibenarkan
Seterusnya bagi tindakan pelaporan pula para pengguna boleh melakukan langkah di bawah;
Bursa Malaysia – nyatakan aduan pada emel [email protected] atau talian 03-2732-0067
KPDNHEP – aduan pada portal e-Aduan Pengguna, atau emel pada [email protected] atau hubungi 019-279-4317
FOMCA – aduan pada portal Aduan Pengguna Nasional atau hubungi 03-7803-6000/03-7805-0009
Adanya alternatif ini, ia mampu membantu para pengguna mengetahui dan melaksanakan tindakan bijak sebelum melakukan sebarang transaksi. Secara tidak langsung juga ia memberi pendedahan bahawa risiko jenayah siber di negara kini semakin meruncing dan memerlukan kesedaran semua pihak tentang kepentingan pengurusan kewangan dalam kehidupan harian.