Artikel

Maybank2u Kini Sedia Platform Tempahan Pakej Umrah

Bagi orang awam yang merancang untuk melaksanakan ibadah umrah tidak lagi, kini penyediaan medium tempahan tersebut boleh dilakukan melalui perbankan atas talian Maybank2u.

Inisiatif Maybank Islamic Berhad ini membolehkan pengguna kad kredit Premium dan Maybank Islamic mengatur dan menempah pakej umrah mengikut kesesuaian waktu serta tarikh pilihan pengguna.

Penawaran yang berkuat kuasa mulai hari ini, dilaporkan tidak tertakluk kepada had yang ditetapkan agensi berkaitan.

Usaha ini mendapat sokongan daripada pengendali  haji dan umrah Rayhar Travels selaku agensi perlancongan persendirian.

Lebih menarik, menerusi medium ini pengguna yang terlibat boleh menebus Treats Points Maybank untuk memperolehi potongan pembiayaan kos perjalanan umrah.

Sebarang perincian lanjut, boleh layari pautan Maybank2u untuk mengetahui kaedah tempahan.