Unilever, syarikat gergasi penawaran barangan pengguna kini telah bersetuju untuk menjual perniagaan teh globalnya. Ia merangkumi penjualan jenama Lipton, Brooke Band dan PG Tips pada nilai AS$5.11 bilion (€4.5 bilion).
Kesepakatan penjualan segmen teh, dilaporkan akan dilakukan kepada CVC Capital Partners iaitu kumpulan ekuiti persendirian.
Untuk makluman segmen yang kini dikenali sebagai Ekateraa ini adalah segmen perniagaan teh Unilever yang memiliki 34 portfolio jenama teh termasuk Pukka, T2, Tazo. Setakat tahun 2020, ia berupaya menjana pendapatan sekitar AS$2.27 bilion (€2 bilion). Melalui peralihan perniagaan ini ia dijangka dapat meningkatkan semula citarasa pengguna dan memperkasakan operasi Unilever.
Malah ia turut didorong berdasarkan situasi inflasi yang berpotensi meningkatkan kos bahan mentah dan kos buruh tenaga.
Berdasarkan persetujuan, perjanjian ini akan diselesaikan pada separuh kedua tahun hadapan, S2 2022 dan ia tertakluk kepada kelulusan pengawal selia.
Bagaimanapun, Unilever pada laporan memaklumkan penjualan ini tidak termasuk dengan perniagaan teh di India, Nepal dan Indonesia serta kepentingan mereka di dalam kerjasama teh sedia-minum iaitu Pepsi Lipton dan perniagaan pengedaran. Di mana pihak Unilever masih memiliki potensi hasil sekitar AS$1.13 bilion (€1 bilion).