Artikel

OpenSea Yang Terkenal Dengan Jual-Beli NFT, Kini Dilaporkan Dinilaikan Sekitar $10 Bilion

Pada hari ini, ramai yang berbincang mengenai NFT, iaitu salah satu bentuk pembelian hak untuk aset digital. Terdapat pelbagai laman dan perkhidmatan yang menawarkan jual-beli NFT ini, dan yang paling popular antara semuanya adalah OpenSea.

Terbaru, mengikut laporan yang hadir, OpenSea dilaporkan ditawarkan dana pelaburan dengan nilai sekitar $10 bilion.

Hal ini sekaligus memperlihatkan peningkatan nilai OpenSea yang hampir lebih 6 kali ganda berbanding bulan Julai lepas yang dinilaikan sekitar $1.5 bilion.

Seperti ramai sedia maklum, permintaan dan penyertaan dalam arena NFT meningkat mendadak sejak kebelakangan ini, selari dengan peningkatan nilai kriptowang di dunia.

Di Malaysia, salah satu platform NFT yang semakin turut meningkat popularitinya adalah Pentas.