Artikel

McD Menjamu Lebih 13.5 Juta Pelanggan Setiap Bulan – Akan Buka 200 Cawangan Lagi Di Malaysia

McDonald’s merupakan salah satu jenama yang tidak asing bagi orang awam. Terbaru, McDonald’s Malaysia berkongsi yang mana mereka mempunyai 15,000 orang pekerja di seluruh Malaysia, dan restoran mereka menjamu 13.5 juta pelanggan setiap bulan.

Kini, McDonald’s mempunyai 310 restoran di seluruh Malaysia, selain turut menawarkan makanan mereka melalui perkhidmatan penghantaran.

Bergerak kehadapan, McDonalds menyasarkan untuk membuka 200 cawanga restoran lagi di seluruh negara dalam masa lima tahun akan datang.

Langkah ini dikatakan selari dengan permintaan tinggi untuk makanan mereka. Selari denganya juga, McDonalds akan mengambil 10,000 pekerja dalam terus menawarkan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan di Malaysia.