Artikel

Sime Darby Telah Melabur RM42 Juta Pada Socar Dan Carro (MyTukar)

Sime Darby kini mengumumkan pembentukan pasukan khas dinamakan Mobilty, yang akan melihat kepada pelbagai trend dan peluang baharu dalam sektor automotif.

Sebagai strategi baharu ini juga, Sime Darby mengumumkan mereka telah melabur sekitar RM42 juta pada beberapa pemain dalam industri sama. Langkah Sime Darby ini adalah dalam usaha kekal relevan pada masa akan datang, terutamanya dalam evolusi yang sedang berlaku pada industri automotif.

Sime Darby mengatakan setakat ini mereka telah melabur sejumlah RM42 juta, pada dua syarikat popular, iaitu Socar dan juga pada Carro yang mengoperasikan MyTukar di Malaysia.

Socar menawarkan kemudahan untuk sesiapa melakukan sewa kenderaan sementara terus melalui aplikasi, sementara Carro pula merupakan platform untuk kereta terpakai. Kedua-duanya juga turut melengkapkan lagi ekosistem yang dimiliki Sime Darby.

Pada masa yang sama, Sime Darby mengatakan mereka ingin menguatkan lagi kedudukan, dan menjadi pemain EV terkemuka di rantau ini.