Maybank kini mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan penawaran antaramuka Maybank2U klasik pada Januari 2022 kelak.
Untuk makluman, Maybank telah memperkenalkan antaramuka baharu yang lebih moden pada 2018 yang lepas. Namun, pihak Maybank tidak menamatkan penawaran antaramuka klasik, dan masih kekal menawarkannya.
Namun, ia akan berubah pada Januari 2022 kelak, dimana ia akan ditamatkan sepenuhnya.
Pada hari ini, masih terdapat sejumlah pengguna yang menggunakan Maybank2U versi klasik kerana keselesaan dan capaian beberapa ciri yang disukai mereka.