Artikel

GDEX Kini Perkenal Penggunaan Motorsikal Elektrik Pertama

Selari dengan sasaran Malaysia untuk merendahkan GHG – pelepasan gas rumah kaca kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45% menjelang 2030, GDEX kini telah menampilkan motosikal elektrik pertama sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian Go Green.

Usaha awal ini dilihat menyokong matlamat syarikat dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida serta menerapkan lebih banyak penyelesaian hijau dalam operasi harian.

Selanjutnya syarikat kelak dijangka akan meneroka penggunaan basikal elektrik dan basikal roda tiga bagi memenuhi segmen permintaan pengguna berdasarkan data lokasi.

Setiap pasaran memiliki permintaan berbeza pada penyampaian perkhidmatan. Adanya usaha kelestarian ini ia seiring dengan gagasan yang diterapkan dalam RMKe-12.