Artikel

72% Pekerja Muda Pertimbang Meninggalkan Malaysia Untuk Peluang Kerja Lebih Baik

Melalui sebuah kajian yang dilakukan oleh Employment Hero, mereka mendapati sekitar 72% pekerja muda di Malaysia pertimbang untuk meninggalkan Malaysia dalam mendapatkan peluang kerja yang lebih baik.

Angka ini didapati daripada bancian yang dilakukan melibatkan sekitara 1004 pekerja. Antara sebab utama yang dikatakan adalah disebabkan oleh prospek kerjaya yang lebih baik, selain gaji lebih tinggi.

Pada masa yang sama, bancian tersebut turut memperlihatkan yang mana sekitar 61% pekerja sedag melihat ke jawatan baharu dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Antara sebab dikatakan seseorang ingin meninggalkan syarikat atau organisasi adalah termasuk kerana kurangnya perkembangkan kerjaya, disamping tiada peluang latihan kerjaya.