Artikel

WeWork Papar Kerugian Lebih Rendah – Sekitar AS$802 Juta

WeWork, syarikat penyedia ruang pekerjaan global kini memaparkan kerugian suku tahunan yang lebih kecil berbanding tahun 2020.

Di mana mencatatkan kerugian AS$802 juta, sementara hasil pula memaparkan penyusutan 18% kepada AS$661 juta. 

Kerugian yang lebih sederhana ini disokong peningkatan penyertaan pada platform WeWork dengan kenaikkan 59% setakat Oktober lalu. 

Untuk makluman pembaca, WeWork telah mengalami lonjakan saham 13% sejak bulan lalu. Kenaikan ini diperlihat setelah WeWork laksana aturan SPAC iaitu Special Purpose Acquisition bersama BowX Acquisition Corp.