Artikel

Senheng Bakal Disenaraikan Di Bursa Malaysia Pada 2022

Senheng merupakan salah satu nama yang tidak asing bagi ramai. Senheng merupakan peruncit barangan elektronik, dan turut telah memperluaskan penawaran meliputi aplikasi mudah-alih.

Terbaru, Senheng kini telah memperoleh kelulusan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, membolehkan ia disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia seawal Januari 2022 kelak.

Dengan langkah ini, Senheng akan melangkah ke fasa seterusnya, dan terus mengukuhkan kedudukan dalam pasaran peruncitan barangan elektronik. Senheng telah ditubuhkan pada 1989, dan kini mempunyai lebih 100 kedai di seluruh Malaysia.