Artikel

Portugal Kini Mengharamkan Majikan Hubungi Pekerja Selepas Waktu Kerja

Portugal kini telah meluluskan undang-undang baharu, termasuk mengharamkan majikan untuk menghubungi pekerja di luar waktu kerja.

Undang-undang baharu ini diluluskan disebabkan lebih ramai yang bekerja dari rumah, kerana pandemik. Portugal turut menyatakan yang mana pekerja perlu diberikan sekurang-kurangnya 11 jam rehat berterusan, dimana mereka tidak boleh diganggu, melainkan kecemasan.

Pada masa yang sama, Portugal turut meminta majikan untuk menyumbang kepada perbelanjaan pekerja seperti internet dan juga bil elektrik – kerana bekerja dari rumah.

Apa pun, undang-undang baharu ini tidak tertakluk kepada syarikat dengan kurang 10 orang pekerja.