Eco-Shop merupakan salah satu kedai yang terkenal di Malaysia, disebabkan penawaran barangan pada harga sama didalam kedai mereka, iaitu pada harga RM2.10 di Semenanjung Malaysia, dan RM2.30 di Sabah & Sarawak.
Namun, bermula 1 Disember 2021, harga barangan jualan di Eco-Shop akan dinaikkan sebanyak 10 sen. Eco-Shop mengatakan hal ini disebabkan oleh kos barangan yang semakin meningkat, dan pada masa yang sama Eco-Shop ingin kekal menawarkan barangan berkualiti.
Bermula 1 Disember 2021, harga jualan akan berubah kepada RM2.20 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM2.40 untuk Sabah, Sarawak da Langkawi.