Artikel

Lebih 9 Juta Pengguna TNB Kini Boleh Laksana Pembayaran Bil Melalui Boost

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini muncul selaku penyedia bil terbaharu di aplikasi dompet digital Boost. Ini menjadikan Boost kini memiliki lebih 50 penyedia perkhidmatan bil.

Khidmat tersebut kini dapat dilakukan oleh pengguna. Di mana kini sehingga 28 Februari 2022 para pengguna turut berpeluang menikmati ganjaran bernilai sehingga RM20 dan pulangan tunai RM10 dalam tempoh 2 bulan penggunaan ciri.

Sementara pengguna baharu pula boleh menikmati diskaun tambahan sekitar RM10, pada insentif Welcome Pack ketika mendaftar pertama kali di aplikasi Boost.

Menurut Sheyantha Abeykoon Ketua Pegawai Eksekutif Boost, penyertaan TNB pada ruang aplikasi akan memperkasakan aliran khidmat bayaran bil dalam kalangan pengguna. Ia akan memanfaatkan akses kepada lebih 9 juta pengguna TNB di Malaysia dan ini turut memberi kelebihan kepada 9.5 juta pengguna Boost pada ciri baharu tersebut.

Seperti yang umum sedari, Boost sebelum ini telah melancarkan 3 ciri pembayaran melibatkan  ViewBills, AutoBills, dan MultiBills. Pengguna kini boleh menggunakan Boost untuk mengurus dan membayar bil TNB mereka dengan mudah tanpa menggunakan pelbagai aplikasi atau pengurusan penyata bil bercetak.

Setakat data September, Boost memperlihatkan jumlah Nilai Transaksi Kasar (GTV) pembayaran bil yang dibayar bagi setiap pengguna meningkat hampir 20% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Tambahan pula, bilangan bil yang dibayar bagi setiap pengguna juga meningkat sebanyak 16%.