Artikel

Gojek Rancang Perluas Pelaburan Di Singapura – Dijangka Tawar Khidmat Baharu

Gojek, penyedia pengangkutan dan penghantaran milik Indonesia kini merancang untuk meluaskan perkhidmatan mereka di Singapura.

Berdasarkan prestasi Gojek Singapura, pihaknya kini menawarkan perkhidmatan kereta sewa dan tempahan teksi kepada pengguna. Perluasan khidmat baharu dijangka akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Meskipun tidak diperincikan pada makluman lanjut, laporan CNA mengatakan pengumuman khidmat tersebut akan dilakukan tidak lama lagi.

Untuk makluman umum, sejak 2017 pembabitannya pada pasaran Singapura telah merancakkan dinamik syarikat teknologi khususnya saingan kepada Grab.

Kemunculan Gojek Singapura di bawah pelaksanaan perkembangan syarikat AS$500 juta pada akhir 2018 setelah penamatan Uber di Asia Tenggara, memperlihatkan permintaan Gojek di rantau tersebut semakin baik.

Semua sedia ketahui Gojek pada pasaran Indonesia turut menyediakan khidmat penghantaran makanan dan barangan runcit pada permintaan pengguna. Walaupun memiliki perancangan menyediakan khidmat tersebut pada pasaran Singapura sejak 2019 –  namun pihaknya masih mengambil pendekatan berhati-hati dalam berbuat demikian.

Setakat ini, secara amnya prestasi khidmat Gojek Singapura menunjukkan peningkatan. Apabila jumlah pemandu meningkat 48% pada data September 2021. Kadar kenaikan turut sama diperlihatkan pada permintaan pengguna di Singapura.