Artikel

Segmen Pembayaran Digital ASEAN Papar Lonjakan Pembiayaan – Kini Cecah AS$1.9 Bilion

Pembiayaan ke atas startup fintech bagi pasaran Asean kini mencecah rekod sekitar AS$3.5 bilion. Ia adalah lonjakan tiga kali ganda sepanjang 9 bulan pertama 2021.

Menurut laporan VNA, pada tinjauan Asean Fintech 2021 – data ini merangkumi 13 pusingan pembiayaan melebihi AS$100 juta dengan 167 tawaran. Ini menyumbang kepada peningkatan 57.1% iaitu AS$2 bilion hasil daripada pembiayaan.

Antara segmen fintech yang menjadi tumpuan pada dana pusingan adalah segmen pembayaran. Ia berikutan peralihan ke arah digital transaksi menjadikan ia pilihan pelabur dalam perluasan pasaran.

Setakat ini, segmen pembayaran memaparkan pertumbuhan CAGR sekitar 244% kepada AS$1.9 bilion pada 2021. Permintaan pelabur yang lebih tinggi berbanding 2020, sekadar AS$562 juta.

Sementara segmen lain yang turut memaparkan lonjakan pertumbuhan CAGR 2021 juga adalah teknologi dengan kenaikan pelaburan 493% kepada AS$457 juta, diikuti kriptowang dengan kenaiakkna 424% kepada AS$356 juta.

Manakala bagi penguasaan pembiayaan Asean ini, Singapura terus mengungguli carta dengan perolehan AS$1.6 bilion iaitu 49% daripada keseluruhan data pembiayaan. Diikuti Indonesia dengan nilai pembiayaan AS$904 juta bersama Vietnam dengan nilai AS$375 juta.