Artikel

Perkukuhkan Segmen BNPL Negara – BNM Akan Gubal Akta Kredit Pengguna Mulai 2022

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan menggubal Akta Kredit Pengguna pada tahun 2022.

Menurut Gabenor Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, aturan ini akan mengukuhkan pengaturan kawal selia untuk semua aktiviti kredit pengguna termasuk kepada penyedia Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) tempatan.

Tindakan ini secara langsung menjadikan Malaysia menyertai United Kingdom dan Australia bagi pelaksanaan mengawalselia segmen BNPL.

Bank Negara berkata ia akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia  (SC) dan juga Kementerian Kewangan (MoF) untuk menguatkuasakan akta itu.

Segmen ini diperlihat semakin meningkat, tidak hanya di Malaysia, tetapi juga di beberapa negara lain.

Meskipun ke arah pemerkasaan segmen ini, tetapi kebimbangan berhubung risiko hutang dijangka akan terus menghantui para pengguna. Khususnya buat mereka yang memiliki kemampuan terhad. Umum perlu sedari kebanyakan penyedia BNPL adalah bukan dari institut perbankan.