Artikel

BNM Umum Senarai Penerima Lesen Bank Digital – Mulai Suku Pertama 2022 Kelak

Bank Negara Malaysia (BNM) kini memaklumkan pengumuman senarai penerima lesen bank digital, hanya akan diketahui pada suku pertama 2022.

Penetapan itu telah dijanjikan seperti perancangan awal, di mana sehingga 5 lesen bank digital akan diketahui umum.

Untuk makluman, bagi operasi awal perbankan digital kelak – BNM menetapkan nilai ambang penetapan had aset yang tidak boleh melebihi RM3 bilion untuk tempoh tiga hingga lima tahun operasi.

Langkah ini akan memudahkan pemantauan prestasi bank digital berlesen, dan sebarang risiko yang timbul daripada operasi berkenaan diteliti.

Setakat ini, BNM pada sidang prestasi ekonomi Malaysia kini memaklumkan telah menerima 29 permohonan lesen bank digital di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 serta ermohonan lesen ini telahpun ditutup pada tarikh 30 Jun 2021, lalu.

Buat masa ini, pemprosesan permohonan sedang dijalankan dan masih diteliti sebaik mungkin. Berdasarkan pemerhatian pelbagai pihak telah tampil melampirkan permohonan – antaranya konglomerat industri, fintech, platform e-dagang, penyedia teknologi dan agensi kerajaan negeri.

Melalui pengumuman tersebut, ia berupaya merancakkan penyelesaian kewangan negara dan memantapkan aliran perbelanjaan dalam kalangan pengguna, dengan perluasan akses lebih berganda.