OPEC – Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum kini menurunkan jangkaan ramalan permintaan minyak dunia bagi tahun 2021. Berdasarkan laporan bulanannya kartel pengeluar minyak utama kini mengurangkan kadar permintaan sekitar 160,000 tong sehari.
Situasi ini didorong susulan kesan harga tenaga yang semakin tinggi dan permintaan yang lemah dalam kalangan pengguna utama seperti China dan India.
Untuk makluman, krisis ekonomi yang didepani China seperti isu sektor hartanah da krisis tenaga ketika ini telah mula menjejaskan pemintaan pasaran.
OPEC bagaimanapun menjangkakan permintaan minyak dunia akan kembali meningkat kepada 100.6 juta tong sehari pada tahun 2022 kelak, di mana lebih 500,000 tong sehari berbanding sebelum wabak pada 2019.