Artikel

Shopee Kini Tingkatkan Permintaan Penginapan – Melalui Tawaran Tempahan Bersama Agoda, Booking.com

Bagi merancakkan industri perlancongan negara – Shopee kini menampilkan ciri tempahan hotel dengan usahasama Agoda, Booking.com. 

Ia dapat diperlihat bersempena Shopee 11.11, apabila tawaran eksklusif bersama baucar 10% kini disertakan aplikasi di bawah penjimatan Book Hotels & Flights yang dapat dinikmati pengguna sehingga 21 November kelak.

Melalui penawaran akses ini ia dilihat tidak hanya dapat memenuhi permintaan pengguna bahkan ia seiring dengan gagasan negara membuka perjalanan antara negeri bagi meningkatkan taraf ekonomi. Usaha ini turut akan membantu sektor perhotelan dan penginapan negara memperkasakan aliran perbelanjaan Malaysia.

Pelaksanaan ini juga bertepatan, apabila tinjauan Agoda setakat September dapati peningkatan pencarian pengguna tempatan pada penginapan negeri telah melonjak kepada 57%. Sementara pengguna Asia Tenggara pula melonjak 37% untuk perjalanan antarabangsa.

Untuk makluman, bagi mana-mana pengguna yang melakukan pembelian pada tempoh ini secara automatik akan sertai cabutan bertuah dan berpeluang menerima 11 kategori hadiah pada aplikasi Shopee.