Artikel

Malaysia Berisiko Alami Kerugian Lebih RM90 Bilion – Sekiranya Pelancongan Antarabangsa Terus Disekat

Malaysia kini bercadang untuk membuka pintu sempadan negara kepada pelancong antarabangsa, selewatnya pada 1 Januari 2022.

Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin – sekiranya sektor pelancongan terus dihad dan disekat, ini akan mengundang kepada lebih RM90 bilion kerugian buat negara.

Ketiadaan pelancong asing nyata memberi jurang yang tinggi buat perolehan perniagaan di Malaysia, khususnya kawasan berorentasikan ekonomi-pelancongan.

Meskipun, membenarkan kehadiran pelancong asing tetapi penetapan garis panduan kesihatan akan terus diatur dan diperketatkan.

Antara negara diberi gambaran untuk kemasukan ketika ini adalah Indonesia, susulan kesepakatan yang dilaksanakan kedua buah negara sebelum ini. Melalui pembukaan ini, kelak ia turut akan memberi kesan baik kepada sektor ekonomi yang lain.