Artikel

GoTo Kini Raih Lebih AS$1.3 Bilion Pada Pusingan Dana Pra-IPO – Ia Turut Disokong PNB

Firma gergasi teknologi Indonesia, GoTo Group kini telah meraih lebih AS$1.3 bilion pada penutupan pertama pembiayaan pengumpulan pra-penyenaraian awamnya.

Melihat pada perancangan GoTo, firma ini dijangka menyelesaikan sasaran nilai pembiayaan ini di paras AS$2 bilion, dan melanjutkan pelaksanaan penyenaraian awam di Jakarta pada awal tahun hadapan iaitu 2022.

Berdasarkan pengumpulan, dana itu memperlihatkan sokongan daripada pelabur Fidelity International, Google dan Tencent. Berdasarkan pemerhatian dijangka lebih ramai pelabur akan turut terlibat pada pembiayaan pra-IPO GoTo ini.

Untuk makluman antara pelabur baharu yang turut terlibat, tidak hanya Fidelity tetapi turut merangkumi entiti tempatan Permodalan Nasional Bhd dan firma ekuiti persendirian China iaitu Primavera Capital Group.