Artikel

Disney+ Papar Pertumbuhan Langganan Terendah – Hanya 2.1 Juta Pelanggan Bagi Suku Keempat

Percaturan Walt Disney pada medium penstriman, dilihat masih jauh dari sasaran perancangan, apabila aliran langganan Disney+ memaparkan kenaikan yang kecil, sejak ia dilancarkan.

Setakat suku keempat ini – Disney+ telah mencatatkan pertambahan 2.1 juta pelanggan sahaja iaitu lebih rendah berbanding pesaing Netflix untuk tempoh yang sama.

Menurut Wall Street susulan tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, ini mendorong kepada penurunan saham Walt Disney hampir 5%.

Selain medium penstriman, keuntungan pada bahagian Taman Tema Disney juga terus merundum daripada jangkaan pemerhati ekonomi. Kesan keuntungan ini berikutan penetapan garis panduan yang memerlukan had kapasiti  orang awam dilaksanakan.

Bagaimanapun Disney dilaporkan akan melaksanakan perancangan baharu menjelang 2022 – tindakan ini untuk merancakkan semula platform penstriman serta operasi taman tema mereka.

Disney+ jugakekal optimis dan masih mengekalkan jangkaan peningkatan langganan sehingga 260 jutaa pengguna, menjelang akhir 2024 kelak.