Artikel

Bank Pusat Singapura Beri Amaran Berhubung Kripto – Pelabur Runcit Berisiko Alami Kerugian Besar

Pelabur runcit pada pasaran Singapura yang terlibat dengan kriptowang kini berdepan amaran dari Bank Pusat Singapura – di mana mereka berpotensi alami kerugian besar.

Kenyataan itu di maklumkan atas pengamatan pengawal selia kewangan Singapura yang melihat perubahan drastik pada spekulatif pasaran.

Menurut Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS), harga kripto tidak berlabuh pada mana-mana asas ekonomi, dan tertakluk kepada perubahan spekulatif pasaran yang tajam. Ini mengundang risiko yang tinggi buat pelabur runcit.

Seperti yang umum sedia ketahui – tahun ini Bitcoin telah meningkat 130%, sementara Ethereum pula papar peningkatan 550%. Kedua-dua aset digital telah memaparkan aliran aset yang ‘liar’.

Meskipun, Singapura mengambil pendekatan terbuka kepada penglibatan kriptowang dan akui aset digital ini memiliki manfaat tersendiri dalam transaksi ekonomi. Namun risiko ketara kekal diperlihatkan pada pasaran.

Manakala berhubung isu pelaksanaan mata wang digital dolar Singapura pula – MAS melihat langkah itu masih terlalu awal dan memaklumkan negara tidak akan tergesa-gesa dalam penggunaan tersebut. Pihaknya masih meneliti keperluan berdasarkan situasi ekonomi semasa.

Tetapi bank pusat mengakui terdapat potensi faedah, dan akan bekerjasama dengan sektor swasta untuk membangunkan teknologi dan infrastruktur yang diperlukan untuk mengeluarkan dolar Singapura jika pihak berkuasa memutuskan untuk berbuat demikian pada masa hadapan.