Artikel

iPay88, Atome Atur Kerjasama – Perluas Segmen BNPL Di Seluruh Malaysia

iPay88, penyedia pembayaran serantau Asia Tenggara kini mengatur kerjasama dengan Atome untuk memperluaskan segmen Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) di seluruh negara.

Pelaksanaan ini dilihat seiring dengan gagasan lonjakan BNPL di Asia-Pasifik apabila berdasarkan Laporan Pembayaran Dunia – menjelang 2025 lebih separuh transaksi nirtunai (tanpa tunai) akan disumbangkan pada pertumbuhan ekonomi dan itu akan melibatkan peranan BNPL.

Untuk makluman iPay88 adalah sebahagian daripada NTT Data, sebuah syarikat penyepaduan sistem Jepun, di mana iPay88 kini menawarkan penyelesaian pembayaran e-dagang, dalam talian dan runcit kepada lebih 35,000 peniaga di seluruh dunia.

Hari ini, syarikat turut sertai pasaran di Indonesia, Filipina, Kemboja, Thailand dan Singapura. Melalui kerjasama Atome, tindakan ini turut akan memberi pilihan pembayaran yang fleksibel kepada peniaga iPay88 di seluruh pusat pembayaran mereka di Malaysia.

Perkongsian ini akan membolehkan mereka menawarkan pengalaman pembayaran yang lebih pantas, lancar sama ada secara atas talian mahupun kedai fizikal.