Artikel

Sony Suntik Pelaburan AS$500 Juta Pada Pembangunan Kilang TSMC – Sasar Redakan Isu Bekalan Cip

TSMC, syarikat gergasi cip Taiwan kini akan berkerjasama dengan Sony Semiconductor Solutions (SSS) Corporation, anak syarikat Sony dalam pengendalian kilang baharunya di Jepun yang bernilai AS$7 bilion.

Pelaksanaan usahasama itu kelak akan membentuk anak syarikat Jepun secara bersama dengan pegangan ekuiti SSS adalah kurang daripada 20% dengan pelaburan AS$500 juta.

Berdasarkan laporan, kesepakatan ini bertujuan mengimbangi kekurangan semikonduktor global yang telah menjejaskan pelbagai pengeluaran produk Jepun seperti kenderaan, peranti pintar serta konsol permainan.

Malah aturan ini turut diperkatakan mendapat sokongan baik daripada kerajaan Jepun, di mana merancang untuk menyumbang lebih AS$4 bilion pada pembangunan kilang tersebut.

Penyertaan kilang itu dijangka akan mempunyai kapasiti pengeluaran bulanan sebanyak 45,000 wafer 12 inci, dan secara langsung akan mewujudkan sekitar 1,500 pekerjaan profesional berteknologi tinggi kepada pasaran Jepun.