Dengan nilai pelaburan berjumlah sekitar RM100 juta, kemudahan baharu kilang FamilyMart Malaysia dilaporkan akan selesai menjelang suku pertama tahun 2022.
Menurut kenyataan QL Resources Bhd iaitu pemegang francais induk FamilyMart Malaysia, pembangunan tersebut akan membantu pengendali cawangan FamilyMart, memenuhi pembekalan stok kepada kedai fizikal.
Ia secara tidak langsung turut akan memberi kesan positif pada pembangunan pekerjaan tempatan.
Melalui kemudahan sedia ada, FamilyMart berupaya memenuhi permintaan 250 cawangan di seluruh negara namun apabila kilang di Shah Alam tersebut telah mula tersedia, syarikat berpoteni meningkatkan kapasiti permintaan stok sehingga 2 kali ganda ke atas 500 cawangan FamilyMart.
Untuk makluman, FamilyMart Malaysia ketika ini menyasarkan penambahan cawangan sekitar 80 sehingga 100 cawangan pada setiap tahun. Ini bermakna menjelang tahun 2026, syarikat akan memiliki sekitar 1,000 cawangan di seluruh Malaysia.
Lebih menarik syarikat juga sedang merancang pembukaan 20 Food Superstore menjelang akhir tahun ini. Food Superstore adalah gabungan cawangan baharu dan juga menaik taraf cawangan sedia ada.
Di mana ia menawarkan jualan produk sedia di makan secara sejuk beku, membolehkan pelanggan membawa pulang dan disimpan dalam tempoh yang lebih lama.