Artikel

Kadar Pengangguran Malaysia Kini Semakin Rendah – Catat Paras 4.5% Setakat September 2021

Kadar pengangguran di negara kini semakin menunjukkan pengurangan apabila pada data September lalu – Malaysia telah mencatatkan paras 4.5%, bersamaan dengan 729,600 penganggur dicatatkan setakat ini.

Namun untuk data suku ketiga 2021 – kadar pengangguran, ia di paras 4.7% iaitu lebih rendah berbanding suku kedua 2021.

Maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu juga turut menunjukkan kedudukan tenaga buruh negara semakin pulih, memperlihatkan peningkatan 0.4%.

Untuk makluman data Ogos, negara mencatatkan paras kadar pengangguran 4.6%, penurunan pada data September memberi gambaran kelonggaran sekatan dan pembukaan ekonomi telah mula merangsang semula pertumbuhan Malaysia.

Berdasarkan tinjauan mengikut umur, kadar pengangguran belia bagi umur 15 hingga 24 tahun kekal pada 13.9 peratus pada bulan dikaji manakala kadar pengangguran bagi belia yang berumur 15 hingga 30 tahun turun sebanyak 0.3 mata peratus kepada 8.5 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Sementara mengikut negeri pula, 7 negeri memaparkan penurunan bagi kadar pengangguran, ini data terendah bagi kawasan iaitu;

  • Wilayah Persekutuan Putrajaya 1,0%
  • Melaka 3.0%
  • Selangor 3.6%
  • Negeri Sembilan 3.7%
  • Pulau Pinang 3.7%

DOSM menjangkakan melalui keterbukaan ekonomi dan galakkan vaksinasi tambahan ketika ini berpotensi meningkatkan semula  dan memulihkan kembali aliran pertumbuhan negara.