Artikel

UK Ingin Manfaatkan Peningkatan Pasaran ASEAN – Sasar Perluas Agenda Bersama Ekonomi Digital Malaysia

United Kingdom kini menzahirkan hasrat mereka untuk mengeratkan pembangunan ekonomi digital bersama Malaysia.

Kenyataan ini dimaklumkan susulan pertemuan negara bersama Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan iaitu Elizabeth Truss pada 8 November lalu.

Di mana menurut Truss negara Asean memiliki potensi pasaran yang tinggi dengan populasi sekitar 650 juta penduduk. Berdasarkan jangkaan Asean mampu tampil selaku pasaran tunggal keempat di dunia menjelang tahun 2030.

Kreadibiliti itu telah dapat diperlihat sejak 2020 lagi, apabila nilai dagangan antara UK dan Asean mencapai jumlah sekitar AS$46 bilion (hampir £34 billion).

Menerusi penyertaan UK bersama Malaysia, Indonesia dan Thailand ia akan menggandakan pulangan ekonomi serantau. Berdasarkan jangkaan global, Malaysia akan alami peningkatan pertumbuhan KDNK sekitar 393% menjelang 2050 kelak.