Toshiba, sebuah konglomerat multinasional milik Jepun kini bersedia menbahagikan kumpulannya kepada 3 buah syarikat – di mana akan memberi tumpuan kepada infrastruktur, peranti dan memori semikonduktor menjelang awal tahun 2023 kelak.
Berdasarkan laporan Nikkei Asia, aturan itu adalah sebahagian strategi Toshiba bagi mengukuhkan nilai pemegang sahamnya dengan mewujudkan syarikat awam yang memiliki struktur keuntungan dan percaturan pertumbuhan yang berbeza.
Melalui tindakan itu, ini menjadikan entiti Toshiba selaku syarikat gergasi elektronik yang terawal berbuat demikian.
Berdasarkan status kewangan, Toshiba telah mencatatkan perolehan 200 bilion yen sehingga 800 bilion yen pada setiap tahun dan setakat Mac 2021 kumpulan ini berjaya mencapai jumlah hasil sekitar 3.5 trilion yen iaitu bersamaan AS$30.8 bilion.
Buat masa ini dijangka syarikat di bawah Kioxia Holdings berpotensi mengendalikan perniagaan memori semikonduktor Toshiba, susulan kumpulan memiliki 40% kepentingan pada syarikat tersebut – bagaimanapun perkara itu masih tidak diketahui. Sementara para pemegang Toshiba pula disasarkan akan memperuntukan saham dalam entiti berasingan baharu kelak.