Artikel

Pharmaniaga Rancang Terap Penghantaran Ubatan – Melalui Dron

Penggunaan dron kini tidak hanya tertumpu kepada foto dan rakaman video sahaja bahkan mulai diterapkan pada pembangunan penghantaran, pertanian serta bahagian penyelenggaraan.

Memanfaatkan kepelbagaian itu, Pharmaniaga Bhd kini merancang dan mulai meneroka penggunaan dron bagi penghantaran ubatan farmasuetikal untuk meningkatkan pembangunan logistik.

Menerusi perancangan itu – ini akan menjadikan perkhidmatan Pharmaniaga lebih mudah diakses, disamping menjamin kualiti perubatan.

Setakat ini percubaan pertama penghantaran di bawah Project Eagle – iaitu penghantaran perubatan dron jarak jauh pertama bagi produk farmaseutikal di atas air di Malaysia, diketuai oleh juruterbang wanita yang dilaksakan di Pulau Pangkor telah membabitkan jarak 4.2 kilometer dari jeti Manjung ke Klinik Kesihatan Pangkor berjaya dilaksanakan. Ia meliputi penghantaran seberan 3 kilogram ubatan bagi rawatan kecemasan.

Berdasarkan catatan masa – ternyata penghantaran melalui dron lebih menjimatkan tempoh. Ini kerana tempoh biasa memerlukan 30 minit, sementara melalui dron sekadar mengambil masa 3.5 minit.

Fasa projek ini akan diteruskan pada beberapa lokasi tertentu dan terpencil – antaranya seperti di Sabah dan Sarawak.

Untuk maklum projek ini disokong Kementerian Kesihatan (KKM); Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC); Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia; Boustead Holdings Bhd dan Meraque Services Sdn Bhd.