Artikel

Sekiranya Pasaran Pekerjaan Negara Kekal Lemah, Inflasi Akan Terus Menjejaskan Pertumbuhan – Moody’s

Moody’s – syarikat penarafan antarabangsa kini melihat kebanyakan ekonomi negara akan mengalami pengurangan inflasi bermula pada tahun hadapan, 2022.

Pengamatan ini disusuli apabila pulangan kesan asas dan kenaikan harga yang semakin menurun. Bagaimanapun risiko inflasi dan pertumbuhan masih kekal wujud disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah kesan pasaran pekerjaan yang masih lemah pada sesebuah negara.

Selain itu, Moody’s turut menyatakan, sekiranya situasi risiko berterusan ia boleh mempengaruhi kawalan harga makanan dan mempengaruhi kenaikan gaji dalam pasaran baru muncul.

Ini secara terus akan melemahkan keuntungan korporat pada sektor yang telah terjejas.

Maka bagi mengamit kembali pengukuhan pada dinamik kredit untuk tahun 2022, Moody’s telah menumpukan 6 fokus:

  • Kemampanan hutang sesebuah negara harus dikawal
  • Membentuk semula ekonomi – pasca-COVID-19
  • Peralihan dasar melibatkan sokongan fiskal dan monetari
  • Penerapan teknologi baharu pada sektor pengeluaran
  • Peralihan tumpuan pelepasan karbon kepada sektor intensif tenaga
  • Meningkatkan tumpuan pada ketidaksamaan dan risiko sosial semasa

Moody’s turut menyatakan jangkaan pada ketika ini adalah kebanyakan ekonomi dengan kadar vaksinasi yang tinggi, peningkatan dalam keadaan kesihatan awam akan membolehkan aktiviti perniagaan disambung semula dan mengukuhkan pemulihan ekonomi. Ketika ini, kebanyakan ekonomi G-20 akan melepasi tahap pra-pandemi KDNK sebenar menjelang akhir tahun ini.

Manakala, negara seperti Itali, Argentina dan Afrika Selatan pula diramal akan kembali ke tahap pra-pandemik menjelang akhir 2022.

Meskipun global mengalami gangguan rantaian bekalan, kekurangan buruh dan harga yang lebih tinggi untuk beberapa barangan dan perkhidmatan sehingga 2022, tetapi kesan tersebut akan semakin berkurangan pada separuh kedua tahun ini.