Artikel

Malaysia Jana Kerugian RM380 Juta, Sepanjang 9 Bulan Pertama – Susulan Peningkatan Jenayah Siber

Dalam tempoh 9 bulan tahun 2021 – terdapat 15,935 kes penipuan secara atas talian dilaporkan di Malaysia. Ini secara terus menunjukkan betapa tingginya risiko jenayah siber di negara kita.

Data Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada akhir Oktober itu – jelas menunjukkan nilai kerugian yang dialami negara setakat September telah mencapai sekitar RM380 juta.

Untuk makluman, peningkatan jenayah siber ini telah wujud sejak tahun 2017 lagi dan lebih membimbangkan kes melibatkan penipuan atas talian telah menyumbang peningkatan 60.6% (sejak data 2011-2021).

Situasi ini perlu ditangani segera – terutama mengfokuskan kepada tabiat dan kesedaran para pengguna.

Melihat kepada kepentingan pendidikan membanteras jenayah atas talian ini – Facebook menerusi tagar #TakNakScam ini telah melampirkan 3 langkah yang ajar diterapkan pengguna. Ianya adalah:

  • Kenal Pasti
  • Semak
  • Lapor

Selanjutnya untuk melakukan semakan, para pengguna boleh layari pautan sedemikian;

PDRM – layari pautan Semak Akaun Yang Memiliki Aduan

Bank Negara Malaysia (BNM) – ketahui maklumat terkini berhubung penipuang kewangan pada pautan Amaran Scam BNM > klik pada bahagian Tanya Amaran Scam

Suruhanjaya Sekuriti (SC) – layari Senarai Perhatian Pelabur SC, yang memberi makluman berhubung organisasi pelaburan yang tidak dibenarkan

Seterusnya bagi tindakan pelaporan pula para pengguna boleh melakukan langkah di bawah;

Bursa Malaysia – nyatakan aduan pada emel [email protected] atau talian 03-2732-0067

KPDNHEP – aduan pada portal e-Aduan Pengguna, atau emel pada [email protected] atau hubungi 019-279-4317

FOMCA – aduan pada portal Aduan Pengguna Nasional atau hubungi 03-7803-6000/03-7805-0009

Melalui pendedahan semakan dan laporan, ia berupaya membantu para pengguna mengetahui saluran yang tepat untuk melaksanakan tindakan selanjutnya, dan ini akan menghindarkan pengguna dari dianiaya oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.