Artikel

Amalan Buruh Paksa Terus Dikaitkan Dengan Pengeluar Sarung Tangan Malaysia – Kini Smart Glove Disekat AS

Smart Glove menjadi pengeluar sarung tangan Malaysia yang kelima dalam tempoh 15 bulan, disekat pihak berkuasa kastam Amerika Syarikat (AS) – susulan isu amalan buruh paksa.

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS memaklumkan pengeluaran perintah pelepasan sekatan import dilakukan ke atas Smart Glove dan kumpulan syariaktnya. Ini merangkumi Smart Glove Corporation Sdn Bhd, GX Corporation Sdn Bhd, GX3 Specialty Plant, Sigma Glove Industries dan Platinum Glove Industries Sdn Bhd.

Tindakan tersebut diteliti, setelah hasil dapatan mengenalpasti 7 petunjuk berkaitan amalan buruh paksa yang telah digariskan ILO iaitu Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Untuk makluman, petunjuk kesalahan merangkumi tempoh jam bekerja, hutang, penindasan fizikal, seksual dan situasi pekerjaan.

Selain Smart Glove, syarikat lain yang telah terpalit pada isu ini adalah Top Glove, FGV Holdings dan Sime Darby Plantation.