Artikel

Micron Optimis Lanjutan Pelaburan Malaysia – Turut Sasar Peruntukan Peringkat Global Cecah AS$150 Bilion

Micron Technology kini memaklumkan pihaknya merancang akan memperuntukkan pelaburan secara global sehingga 2030, pada  dana AS$150 bilion.

Pada pelaksanaan itu, pihaknya kekal optimis untuk meneruskan pelaburan di Malaysia, antaranya. Menurut Naib Presiden Eksekutif Operasi Global Manish Bhatia perancangan perluasan bagi operasi pemasangan bidang semikonduktor sedang dilakukan – melibatkan di kawasan Pulau Pinang.

Pihaknya merancang meningkatkan kapasiti keperluan jurutera, pengendali dan juruteknik berkemahiran. Kini terdapat lebih 4,000 tenaga kerja yang telah dibangunkan di Malaysia dan 99% adalah warga tempatan.

Sikap optimis pada pelaburan di negara adalah disumbangkan oleh momentum yang baik dari sektor semikonduktor dan ekonomi digital Malaysia.

Penyedia penyelesian memori ini melihat, pasaran negara akan bersedia dan berpotensi alami peningkatan permintaan. Khususnya pada keperluan produk seperti peranti komputer dan telefon pintar.

Seterusnya, berhubung peruntukan pelaburan global – Micron ini mempergiatkan aturan pembuatan dan penyelidikan memori serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat.

Ini kerana, penyelesaian memori dan storan ialah sebahagian daripada industri semikonduktor global yang semakin pesat berkembang. Untuk makluman, pasaran ini kini mewakili kira-kira 30% daripada pasaran semikonduktor.