IKEA, penyedia perabot kediaman global kini memberi gambaran awal – kenaikan harga produk berupaya berlaku susulan cabaran rantaian bekalan sehingga 2022 kelak.
Situasi ini diperlihat berasaskan kos pengangkutan dan bahan komoditi yang menjadi lebih tinggi. Maka penyerapan kos berlandaskan peningkatan kos proses pengeluaran akan dilakukan kelak.
Walaupun syarikat memiliki permintaan yang baik susulan keberadaan orang awam di rumah namun keuntungan sebelum cukai yang dicatatkan pada Inter IKEA Group telah menurun 16% dalam tempoh 12 bulan kepada AS$1.98 bilion.
Tumpuan lain yang turut menjadi fokus IKEA adalah memberi jaminan stok terus tersedia pada rangkaian gudang. Gangguan rantaian bekalan menyebabkan kejatuhan ketara dalam ketersediaan produk IKEA yang masih belum diatasi. Dijangka situasi ini akan berlarutan sehingga 2022.
Menurut Ketua Pegawai Kewangan Martin van Dam – tahun 2022 akan menjadi tempoh yang sukar dan mencabar buat kumpulan. Permasalahan rantaian akan merencatkan pertumbuhan IKEA. Ini akan tidak hanya beri kesan kepada pengeluar tetapi kepada peruncit dan pengguna.