Petadbiran Malaysia disarankan untuk memperincikan sasaran mereka terhadap komposisi pelaburan ekonomi negara.
Sekiranya benar ingin mencapai sasaran pelaburan RM237 bilion, pimpinan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri harus perjelaskan keutamaan pelaburan domestik dan antarabangsa yang ingin dicapai.
Pada sidang parlimen Datuk Seri Najib menyatakan penawaran insentif yang kukuh wajar disertakan untuk memberi keyakinan semula kepada pelabur.
Tidak hanya itu, DS Najib turut menyuarakan kenaikan cukai korpat kepada 33% iaitu cukai makmur pada syarikat yang memiliki untung lebihi RM100 juta dilihat akan meningkatkan jurang ketidakeyakinan para pelabur.
Meskipun pengenaan cukai khas itu bersifat jangka masa pendek iaitu dalam tempoh setahun tetapi tidak akan meningkatkan hasil perolehan kerajaan pada situasi ini.