Meniti ke fasa pemulihan, bank pusat negara Bank Negara Malaysia (BNM) kini terus mengekalkan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 1.75%.
Paras sejak Julai 2020 itu, telah dicapai menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada hari ini (3 November).
Meskipun dirundung kegusaran berhubung gangguan rantaian bekalan, kenaikan harga komoditi dan pemulihan pada peluang pekerjaan – pertumbuhan negara akan terus disokong oleh kerangka pemulihan bersama perluasan vaksinasi.
Bagi prospek ekonomi utama – dasar monetari dan fiskal akan terus membantu negara ke arah pemulihan. Setakat ini pertumbuhan global mempamerkan aturan lebih perlahan susulan kesan risiko semasa.
Seterusnya bagi aliran ekonomi Malaysia bagi 2022 – dijangka akan semakin baik susulan perluasan permintaan, peningkatan perbelanjaan dan keterbukaan ekonomi secara skala besar dapat diperlihatkan.
Buat masa ini bagi inflasi keseluruhan untuk 2022 pula disasarkan kekal sederhana – walaupun alami peningkatan ia masih di paras yang rendah.