Artikel

Perjalanan Udara Pada Sidang Kemuncak Iklim COP26 – Dijangka Sumbang 85% Jejak Karbon

COP26 adalah sidang kemuncak iklim di peringkat global, yang menghimpunkan lebih 120 pemimpin dunia bersama eksekutif perniagaan – untuk mengatasi dan merangka rencana ancaman bencana alam dunia.

Bagaimanapun, laporan Financial Times (FT) nyata relevan apabila matlamat yang dizahirkan pada sidang ini tidak menepati dengan pendekatan pengangkutan yang digunakan oleh para pemimpin dunia.

Di mana, anggaran sekitar 400 jet peribadi digunakan untuk membawa para pemimpin ke Glasgow, Scotland. Tahukah anda, jet peribadi mengeluarkan 33.7 tan metrik CO2 setiap tahun, lebih daripada beberapa negara.

Ini bermakna, melalui perjalanan udara ia berpotensi menyumbang 85% daripada jejak karbon keseluruhan sidang COP26.

Isu itu secara langsung menjadi pendebatan orang awam bahawa – pendekatan yang dilakukan oleh pemimpin adalah tersasar dari matlamat persidangan.

Untuk makluman, persidangan COP26 sedang berlangsung mulai 1 November sehingga 12 November kelak. Selain membincangkan isu jejak, pelepasan karbon – persidangan ini turut fokus kepada perubahan cuaca melampau, kesan penggunaan kuasa bahan bakar fosil dan pelbagai lagi bencana alam.

Ia diklasifikasikan sebagai persidangan iklim terbesar di dunia.